Selasa, 18 Jun 2013

contoh jawapan untuk sesi temuduga 41- coretan pengalaman...

Mungkin bagi pembaca yang membaca coretan yang lepas agak kecewa kerana tiada jawapan untuk soalan penemuduga dalam sesi tersebut. Di sini saya catatkan contoh jawapan mengikut cadangan penemuduga selepas kami memberikan jawapan masing-masing sebagai kesimpulan, moga ada manfaatnya.



Soalan kearah menguji  keupayaan minda guru yang memiliki ijazah berbanding sebelumnya.
KSSR
1.       KSSR dikatakan penambahbaikan kepada kbsr, berikan pendapat anda mengenai penambahanbaikan tersebut.
(j) pendapat anda……

2.       Daripada tiga bidang diubah menjadi 6 tunjang dalam kssr, kenapa perkataan tunjang digunapakai, cuba huraikan.

(j) Perkara asas yang perlu diterapkan kepada murid. Yang semestinya dikuasai oleh murid sepenuhnya.

3.       Terdapat istilah menakkul dalam kssr, cuba jelaskan perkataan menakkul yang anda faham.

(j) Apa yang anda faham……..

4.       Bagaimanakah cara untuk menerapkan sifat menakklul dalam diri murid.

(j) Berfikir- kriatif,kritis dan menakkul(mengetahui sebab)
(j)Mengunakan 2W1H
Cth: baju terkena minyak
Apa perlu buat? Basuh
Bagaimana cara? Guna sabun
Kenapa?
Sebab sabun boleh menanggalkan minyak.

FPK

5.       Di dalamnya terdapat terdapat matlamat insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani, Cuba jelaskan maksud seimbang dan harmonis dari segi rohani.

(j) Seorang yang sentiasa mengamalkan akhlak mulia walaupun berada dibidang mana sekalipun cth doctor  yang berakhlak mulia.

Berakhir sesi dengan satu cabaran bahawa kita sepatutnya benar-benar berubah dan bukan hanya sekadar mengenggam segulung ijazah yang melayakkan kita untuk ditemuduga……
Sekalung penghargaan buat Pengerusi sesi temuduga ini  kerana  berjaya membuka minda kami,Memberi kefahaman tentang kepentingan penghayatan terhadap FPK untuk dirohkan kedalam proses pengajaran, menghayati sepenuhnya falsafah-falsafah yang terdapat di dalaman keseluruhan KSSR agar kita melakukan tugas kita dengan sebenar-benar tugas kita.
Kesimpulanya, buatlah persediaan ilmu dan minda untuk menjadi seorang calon temuduga yang Berjaya.

* Jawapan yang diberikan di atas adalah kehendak sebenar  Pengerusi sesi temuduga ini.