Isnin, 11 Februari 2013

Temuduga spp


Temuduga SPP 
Coretan pengalaman

Sebagai orang lama, agak rasa lain semacam je bila nak ditemuduga, tempoh dua minggu dirasakan berlari begitu pantas bagi mengisi kotak minda ini bagi mempersiapkan diri menjelang tibanya tarikh keramat itu. Disamping tugas rutin hari, ditambah aktiviti diluar waktu phunk kad, dirasakan untuk menyiapkan dokuman yang dibawa pun agak kelam-kabut, lainlah kalau kita ni boleh bekerja macam robot. Selain mencari bahan-bahan bacaan dari internet, temubual dengan orang yang ditemuduga juga sempat dibuat.
Hari yang ditentukan pun tiba jua, sebagai tanda penghargaan yang amat sangat buat insane-insan yang terlibat, saya rakamkan sesi temuduga sebagai panduan untuk orang-orang seperti saya, kiranya ada manfaatnya, semoga Allah mencatat untuk kita semua sebagai satu kebajikan.
Sesi permulaan
Nama :
Pengalaman mengajar, berapa tahun..
Bidang/mp

Soalan kearah menguji  keupayaan minda guru yang memiliki ijazah berbanding sebelumnya.
KSSR
1. KSSR dikatakan penambahbaikan kepada kbsr, berikan pendapat anda mengenai penambahanbaikan tersebut.
(j) pendapat anda……

2.       Daripada tiga bidang diubah menjadi 6 tunjang dalam kssr, kenapa perkataan tunjang digunapakai, cuba huraikan.
(j) 

3.       Terdapat istilah menakkul dalam kssr, cuba jelaskan perkataan menakkul yang anda faham.

(j) Apa yang anda faham……..

4.       Bagaimanakah cara untuk menerapkan sifat menakklul dalam diri murid.


FPK

5.       Di dalamnya terdapat terdapat matlamat insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani, Cuba jelaskan maksud seimbang dan harmonis dari segi rohani.

Berakhir sesi dengan satu cabaran bahawa kita sepatutnya benar-benar berubah dan bukan hanya sekadar mengenggam segulung ijazah yang melayakkan kita untuk ditemuduga……

Sekalung penghargaan buat Pengerusi sesi temuduga ini  kerana  berjaya membuka minda kami,Memberi kefahaman tentang kepentingan penghayatan terhadap FPK untuk dirohkan kedalam proses pengajaran, menghayati sepenuhnya falsafah-falsafah yang terdapat di dalaman keseluruhan KSSR agar kita melakukan tugas kita dengan sebenar-benar tugas kita.

Kesimpulanya, buatlah persediaan ilmu dan minda untuk menjadi seorang calon temuduga yang Berjaya.