Mungkin bagi pembaca yang membaca coretan yang lepas agak kecewa kerana tiada jawapan untuk soalan penemuduga dalam sesi tersebut. Di sini saya catatkan contoh jawapan mengikut cadangan penemuduga selepas kami memberikan jawapan masing-masing sebagai kesimpulan, moga ada manfaatnya.
Soalan kearah menguji keupayaan minda guru yang memiliki ijazah
berbanding sebelumnya.
KSSR
1. KSSR dikatakan penambahbaikan kepada kbsr, berikan pendapat anda
mengenai penambahanbaikan tersebut.
(j) pendapat anda……
2. Daripada tiga bidang diubah menjadi 6 tunjang dalam kssr, kenapa
perkataan tunjang digunapakai, cuba huraikan.
(j) Perkara asas yang perlu
diterapkan kepada murid. Yang semestinya dikuasai oleh murid sepenuhnya.
3. Terdapat istilah menakkul dalam kssr, cuba jelaskan perkataan
menakkul yang anda faham.
(j) Apa yang anda faham……..
4. Bagaimanakah cara untuk menerapkan sifat menakklul dalam diri
murid.
(j)
Berfikir- kriatif,kritis dan menakkul(mengetahui sebab)
(j)Mengunakan
2W1H
Cth:
baju terkena minyak
Apa
perlu buat? Basuh
Bagaimana
cara? Guna sabun
Kenapa?
Sebab
sabun boleh menanggalkan minyak.
FPK
5. Di dalamnya terdapat terdapat matlamat insan yang seimbang dari segi
intelek,rohani, emosi dan jasmani, Cuba jelaskan maksud seimbang dan harmonis dari
segi rohani.
(j) Seorang yang sentiasa mengamalkan
akhlak mulia walaupun berada dibidang mana sekalipun cth doctor yang berakhlak mulia.
Berakhir sesi dengan satu cabaran
bahawa kita sepatutnya benar-benar berubah dan bukan hanya sekadar mengenggam
segulung ijazah yang melayakkan kita untuk ditemuduga……
Sekalung penghargaan buat
Pengerusi sesi temuduga ini kerana berjaya membuka minda kami,Memberi kefahaman
tentang kepentingan penghayatan terhadap FPK untuk dirohkan kedalam proses
pengajaran, menghayati sepenuhnya falsafah-falsafah yang terdapat di dalaman
keseluruhan KSSR agar kita melakukan tugas kita dengan sebenar-benar tugas
kita.
Kesimpulanya, buatlah persediaan ilmu dan minda untuk
menjadi seorang calon temuduga yang Berjaya.
* Jawapan yang diberikan di atas adalah kehendak
sebenar Pengerusi sesi temuduga ini.